KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

 

  • NOR SHAHIDA BINTI AHMAD

D20201094456

 

TOPIK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan: Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik tentang interaksi manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.

Isi Penting

1)    Dalam masyarakat terdapat adanya 5 institusi sosial yang terpenting iaitu politik       ekonomi, pendidikan ,agama dan keluarga.

2)    Sosiologi  pendidikan didefinisikan sebagai kajian saintifik yang menghubungkan antara masyarakat dan pendidikan.

3)    Terdapat tiga teori utama dalam sosiologi iaitu Teori Fungsionalisme,Teori Konflik dan Teori Interaksionisme Simbolik.

Penutup : Kesimpulanya sosiologi pendidikan adalah kajian tentang ,masyarakat  di dalam institusi pendidikan dengan menggunakan pendekatan dan teori sosiologi.

Rujukan : Nota pensyarah

 

 

TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan : Interaksi beerti saling tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak.

Isi Penting

1)    Terdapat beberapa  jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala,kumpulan,antara kumpulan ,dan interaksi sosial.

2)    Komunikasi ialah proses menyalurkan maklumat dengn menggunakan satu Bahasa yang difahami.

3)    Bentuk komunikasi terbahagi kepada komunikasi lisan dan komunikasi tanpa lisan.

Penutup : Kesimpulanya,interaksi adalah bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama yang maksimum antara pelajar.

Rujukan : Nota pensyarah


  • NUR NAZIRAH BINTI MOHAMAD DZAHIR

D20201094483

Topik 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan : Pengurusan ialah satu proses merancang , mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan .

Isi penting

1). Pengurusan perlulah selari dalam mengendalikan sekolah dan pembelajaran  pelajar iaitu pengurusan sekolah yakni pihak pentadbiran (organisasi) serta pengurus sekolah perlulah lebih kreatif dengan pengetahuan baru, penyebaran teknologi maklumat  dan pembangunan potensi manusia dalam mewujudkan sekolah yang berkesan.

2). Pengurusan dari segi pengajaran dan pembelajaran juga penting dan memerlukan perancangan dan dilaksanakan dengan baik serta kepelbagaian teknik pengajaran yang menarik dan terbaik  yang digunakan oleh guru-guru  dapat merangsang pemikiran dan proses pembelajaran pelajar di sekolah.

3).  Pengurusan pembelajaran  boleh dilakukan oleh guru-guru melalui perancangan aktiviti dan program dari segi Takwim Sekolah serta guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang mengandungi sukatan pengajaran supaya objektif pembelajaran dapat tercapai.

Penutup : Kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran melibatkan proses seperti merancang , melaksana dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikkan terhadap pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.

RUJUKAN : NOTA PENSYARAH & NOTA KUMPULAN TOPIK 3

 

Topik 4 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Pengenalan: Organisasi bermaksud kesatuan atau susunan yang terdiri daripada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu pertubuhan berkumpulan perbadanan bagi tujuan tertentu manakala kepimpinan pula adalah keupayaan memimpin melalui teladan dan merupakan proses interaksi antara pemimpin dengan ahli untuk mempengaruhi ahli-ahli bertindak mencapai matlamat sesuatu organisasi.

Isi penting :

1)     Terdapat pelbagai gaya atau teori kepimpinan seperti autokratik, demokratik, laissez-faire, kontigensi, transaksional, transformasional dan instruksional yang merupakan antara bentuk interaksi  antara pemimpin dan orang yang dipimpin yang perlu diketahui untuk mencapai kecekapan dalam sesebuah organisasi itu.

2)    Pada asasnya organisasi yang terlibat di sekolah adalah melibatkan guru sekolah bermula daripada pengetua sehinggalah kepada guru-guru yang lain yang juga merupakan pemimpin dan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal aspek-aspek  pengajaran dan bilik darjah, aktiviti dan program sekolah serta disiplin pelajar

3)    Kepimpinan juga terbahagi kepada dua iaitu kepimpinan bilik darjah dan kepimipinan pengajaran yang melibatkan antara guru dan murid-murid itu sendiri yakni guru menggunakan kepelbagaian gaya dalam mengajar serta berusaha menjadi teladan yang baik dan fleksibel dalam memimpin.

Penutup : Tuntasnya, organisasi dan kepimpinan akan memberikan kepuasan kepada pengikutnya dalam menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang sekiranya perbincangan dan sifat keterbukaan pemimpin dalam memberi ruang kepada orang bawahan untuk mengemukakan idea-idea dan pendapat mereka dalam sesuatu perancangan yang dibuat.

RUJUKAN : NOTA PENSYARAH & NOTA RAKAN TOPIK 4

 

  • RAHMAH HAYATI BINTI ABU ZAMALI @ ZAMRI

       D20201094507

TOPIK 5 : PENGURUSAN MURID

Pengenalan : Pengurusan adalah proses bagi mencapai objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan oleh ahli organisasi manakala murid pula ialah peserta didik yang belum dewasa, yang mana mereka memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa.

Isi penting :

1)    Mengurus rekod murid, merupakan suatu proses mencatat segala perubahan yang dilakukan oleh murid seperti perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid.

2)    Kesediaan murid untuk belajar bermaksud keadaan dalaman murid yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baharu.

3)    Memotivasikan murid bermaksud suatu proses yang mendorong atau mempengaruhi seseorang untuk mendapatkan atau mencapai apa yang diinginkannya.

Penutup : Pengurusan murid sangat berkait rapat dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti serta mampu membawa perubahan kepada negara pada masa akan datang serta mampu melahirkan murid yang cemerlang dan mempunyai semangat yang tinggi untuk terus belajar sehingga berjaya ke menara gading.

Rujukan : slide pembentang.

 

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan : Bilik darjah merupakan satu tempat yang mana seseorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab mereka untuk mendidik pelajar.

Isi penting :

1)    Ciri-ciri pengurusan bilik darjah yang berkesan iaitu bilik darjah dijadikan tempat yang seronok dan selamat untuk murid, guru menunjukkan teladan yang baik, dan mesti mempunyai kemahiran komunikasi antara guru dan murid.

2)    Isu-isu yang berkaitan pengurusan bilik darjah abad 21 seperti pelajar selalu tidur di dalam kelas, pelajar suka bersembang di dalam kelas, dan isu pelajar ponteng kelas.

3)    Cara-cara mewujudkan pengurusan bilik darjah yang kondusif iaitu dengan merancang dan memilih pembantu guru yang terbaik, susun atur bilik darjah mengikut konsep abad ke-21, dan membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar.

Penutup : Pengurusan bilik darjah amat penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana bilik darjah meminkan peranan yang penting dalam membantu pencapaian akademik pelajar dan dengan wujudnya kecekapan guru dalam pengendalian pagurian bilik darjah, sudah tentu ia dapat memberikan keberkesanan kepada setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Rujukan : slide pembentang.

 

 

 

  •  NABILAH BINTI JAMRI

D20201094473

TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER DI SEKOLAH

PENGENALAN : Sumber pembelajaran adalah merujuk kepada bahan atau alatan untuk meningkatkan pemahaman dan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.

ISI PENTING :

1)     Tujuan pemilihan perlulah bersesuaian dengan topik pengajaran, kebolehan murid, serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dan seterusnya memahami topik tersebut

2)     Klafikasi sumber pembelajaran kepada 4 jenis; sumber asas, sumber elektronik, sumber bukan elektronik dan sumber bercorak pengalaman.

3)    Dapat mengatasi masalah seperti kekurangan tenaga pengajar, masa dan masalah mengadakan pengajaran untuk kumpulan yang lebih besar juga ramai.

PENUTUP : Guru yang merancang pengurusan sumber pembelajaran dengan baik akan menggalakkan murid belajar dengan penuh minat.

RUJUKAN : sumber nota pensyarah.

 

TOPIK 8 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

PENGENALAN : pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan.

ISI PENTING :

1)    Keadaan bilik pembelajatan yang teratur dan selesa bagi penggunaan pembelajaran di luar kelas.

2)    Memastikan keadaan di dalam bilik muzik berada dalam keadaan yang baik agar dapat melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3)     Berjalannya interaksi dua hala antara guru dan pelajar.

PENUTUP : Pengurusan kelas yang baik dapat menjamin objektif pembelajaran tercapai serta menarik minat pelajar bukan sekadar dalam kelas tetapi juga berminat untuk berusaha memajukan diri walaupun di luar kelas.

RUJUKAN : sumber nota pelajar pembentangan topik 8

 

 

  • NURUL MAWADDAH BINTI ZURAIMI

D20201094820

TOPIK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pengenalan : Pengurusan tingkah laku membawa maksud merancang cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk membaiki kelakuan yang bermasalah atau tingkah laku negatif seseorang.

Isi penting

1)    Pengetua bertanggungjawab secara langsung terhadap semua perkara di sekolah yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap murid-murid.

2)    Tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang dan melencong.

3)    Rujukan peraturan disiplin sekolah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah buku panduan disiplin sekolah, ordinan pelajaran (1957) dan surat perkeliling ikhtisas.

Penutup : Pengurusan tingkah laku memerlukan satu organisasi (lembaga pengurusan disiplin sekolah) yang teratur. Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang telah ditubuhkan oleh pihak kementerian pendidikan mampu menggalakkan amalan murni dan membantu memupuk budi pekerti dalam kalangan pelajar.

Rujukan : Nota pensyarah dan slide pembentangan topik 9

 

 

TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Pengenalan :  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengurusan bermaksud perihal kerja dan sebagainya yang digunakan ketika mengurus sesuatu. Nasihat pula bermakna satu ajaran, petunjuk yang baik serta peringatan yang diberikan kepada seseorang.

Isi penting

1)    Bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

2)    Penasihatan merupakan kaedah yang dilakukan bagi merungkaikan masalah tanpa melibatkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994).

3)    Mentoring ialah proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu.

Penutup : Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan aspek yang penting dalam pengurusan penasihatan murid. Setiap murid memerlukan bimbingan dan nasihat daripada orang yang lebih dewasa dan berpengalaman untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi secara berkesan.

Rujukan : Nota pensyarah dan slide pembentangan topik 10

 

 

  • NAJWA BINTI FADZIL

D20201094475 

TOPIK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pengenalan : Pengurusan pelbagai budaya merupakan satu proses pengajaran yang melibatkan lebih daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui perbezaan keunikan dari aspek etnik, keturunan, bahasa dan adat resam.

Isi Penting :

1)    Pengurusan pelbagai budaya di sekolah memerlukan guru yang mahir dan bijak dalam kemahiran sosial mengendalikan isu ini lantaran wujud kewujudan pelajar yang datang daripada pelbagai kaum dan etnik.

2)    Pengurusan merentas budaya di sekolah dapat diterapkan melalui aktiviti persatuan sekolah dan aktiviti  pengajaran melalui subjek tertentu seperti sivik yang dapat menerapkan nilai kesefahaman serta hormat menghormati budaya lain diantara pelajar.

3)    Pengurusan pelbagai budaya di sekolah dapat memupuk perpaduan diantara pelajar disebabkan pelajar dapat memahami perbezaan yang wujud dan perkara ini mendorong mereka untuk lebih mengetahui sesuatu budaya.

Penutup : Pengurusan pelbagai budaya di sekolah perlu diketengahkan bagi menjamin keharmonian pelajar diantara pelbagai kaum dan guru merupakan tonggak utama memainkan peranan utama bagi mengatasi permasalahan yang berlaku diantara pelajar.

RUJUKAN: NOTA PENSYARAH DAN NOTA KAWAN-KAWAN TOPIK 11 DAN 12

 

 

TOPIK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengenalan : Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan proses pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah yang khusus dan sesuai dalam usaha memberikan peluang pendidikan yang sama rata kepada murid yang berkeperluan khas.

Isi Penting :

1)    Dalam konteks pengurusan pelbagai upaya, pemulihan lebih cenderung kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak serta pembelajaran mereka dan program pemulihan seperti KIA2M merupakan salah satu program pendidikan yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran mereka.

2)    Program pengayaan seperti Renzulli’s Schoolwide Encrichment Model (SEM) dapat membantu murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran dan membantu membanyakkan lagi maklumat yang sesuai untuk semua kelas bagi membentuk daya berfikir yang lebih kreatif dan kritis.

3)    Program Integrasi menyediakan peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mengikuti program kemahiran yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.

Penutup : Semua pihak perlu mengambil berat dan memandang serius tentang perkara ini bagi memastikan program pemulihan, pengayaan dan pelbagai kecerdasan untuk pelajar yang berkeperluan khas dapat dijalankan.

RUJUKAN: NOTA PENSYARAH DAN NOTA KAWAN-KAWAN TOPIK 11 DAN 12

 

 

  • SITI NURULHANI BINTI SHUKRAN

D20201094468

TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Pengenalan : Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.

 Isi Penting :

1)    Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.

2)    Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah.

3)    Hubungan dan kerjasama antara sekolah, ibubapa dan masyarakat akan mewujudkan permuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni.

 

Penutup : Hubungan antara sekolah dan persekitaran akan mempengaruhi keberkesanan dan kemenjadian pembelajaran.

Rujukan: Nota pensyarah dan slide pembentangan

 

 

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

 

Pengenalan : Pengurusan alam pembelajaran merupakan suatu cara atau langkah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Isi Penting :

1)    Alam pembelajaran merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif .

2)    Guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuh pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

3)    Membuat persediaan sebelum mengajar  membolehkan seseorang guru menentukan objektif  pengajaran yang sesuai dengan sukatan pembelajaran dan kebolehan  pelajar sekaligus menjadikan proses mengajar menjadi lebih teratur dan mencapai matlamat.

Penutup : Pengurusan alam pembelajaran ini sangat penting kepada para pelajar kerana dapat memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan lebih memahami apa yang mereka pelajari.

Rujukan : Nota pensyarah dan slide pembentangan

 


Comments